Profil & Maklumat Pengurusan
Urusan pentadbiran am, falsafah pendidikan, dan sejarah warisan sekolah
Mengenai Sekolah
- Nama sekolah
- SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG PERAK
- Kod sekolah
- ABA8244
- Alamat sekolah
- SK SEBERANG PERAK, 36000 TELUK INTAN, PERAK
- Koordinat
- X: 100.951957, Y: 4.101589814
- No. Tel / Faks
- 05-6551522 / 05-6552472
- e-mel
- [email protected]
- JPN
- PERAK DARUL RIDZUAN
- PPD
- PERAK TENGAH
- Parlimen
- PASIR SALAK
- Dewan Undangan Negeri
- KAMPUNG GAJAH
- Jenis sekolah
- SEKOLAH KEBANGSAAN
- Peringkat
- PRA SEKOLAH / PPKI / TAHUN 1 – TAHUN 6
- Jenis murid
- LELAKI DAN PEREMPUAN
- Sesi
- PAGI SAHAJA
- Lokasi
- LUAR BANDAR
- Gred
- A
- Jenis bantuan
- KERAJAAN
- Bilangan guru
- 44 ORANG
- Bilangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
- 7 ORANG
- Bilangan kelas
- 18 KELAS / 1 KELAS PROGRAM INTEGRASI / 3 KELAS PRA SEKOLAH
- Bilangan murid
- 557 ORANG / 65 ORANG (PRA SEKOLAH)
Visi, Misi & Falsafah
Fokus strategik ke arah kecemerlangan modal insan selaras dengan Buku Pengurusan SKSP 2026
Visi Sekolah
"Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Berkualiti."
Misi Sekolah
"Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara."
Moto Sekolah
"Maju Jaya"
Slogan Sekolah
"One Team, One Reality"
Piagam Pelanggan
Kami seluruh warga SK Seberang Perak mengamalkan sikap hormat-menghormati dan ikhlas berusaha dalam melaksanakan pendidikan cemerlang.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Objektif Sekolah
SKSPk mendidik murid sekolah rendah sebagai persediaan ke sekolah menengah, selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan PPPM 2013-2025
Pengajaran
Melaksanakan PdPc berkualiti berteraskan PAK21 dan dokumen DSKP semasa.
Pembelajaran
Memperkembangkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
Bimbingan & Sahsiah
Membentuk murid berakhlak mulia melalui bimbingan, disiplin, dan program penyayang.
Gerakerja Luar
Mengimarahkan kokurikulum, sukan, unit beruniform, dan hubungan komuniti.
Pentadbiran
Mengurus sekolah secara efisien, telus, dan tertib mengikut Buku Pengurusan 2026.
Perhubungan Komuniti
Mengukuhkan kerjasama ibu bapa, PIBG, dan agensi luar bagi kecemerlangan murid.
Lencana Sekolah
Setiap unsur pada lencana membawa makna ketahanan, ilmu, dan jati diri SK Seberang Perak
Cogankata: Maju Jaya
Tahun ditubuhkan: 1977
Lagu Sekolah
Maju sekolah yang berwawasan
Ke arah masa depan
Mari bersama berganding bahu
Demi kecemerlangan
Mencari ilmu dan kemahiran
Dengan semangat waja
Doa harapan ibu dan bapa
Kejayaan tercipta
SKSP maju jaya
Kemegahan bersama
Teguh bersatu, tekun berusaha
Membina anak bangsa
Barisan Pentadbir
Warga pendidik yang meneraju pengurusan pentadbiran dan akademik
TN. HJ. KHATTA B. JAMALUDDIN
(GURU BESAR)
EN. MOHAMAD AMIN B. MAN
(GPK PENTADBIRAN)
PN. JAMNA BT. MGT NGHA
(GPK HAL EHWAL MURID)
PN. NORHAYATI BT. AHMAD SAIDI
(GPK KOKURIKULUM)Sejarah Sekolah
Menelusuri detik penting penubuhan dan kemajuan SK Seberang Perak
Penubuhan Sekolah
SK Seberang Perak dibuka pada 2 Jun 1977 dengan meminjam bangunan Jabatan Pertanian sebagai bilik darjah, menempatkan 177 orang murid. Tahun ini tertera pada lencana sekolah bersama cogankata Maju Jaya.
Bangunan Kekal Di Tapak Semasa
Pada April 1979, bangunan baharu dibina dengan belanja RM 323,000 di tapak yang ada sekarang, dan mula beroperasi pada 2 Mei 1979. Pertambahan murid kemudiannya memerlukan dua sesi pagi dan petang.
Pusat Kegiatan Guru dan Pertumbuhan Enrolmen
Pada 10 September 1987, Pusat Kegiatan Guru Zon Seberang Perak yang dianggotai 13 buah sekolah ditempatkan di sini. Bangunan tambahan dibina pada 1989 (RM 55,000). Menjelang 1990, enrolmen mencecah 780 murid dengan 30 orang guru.
Dinaikkan Ke Gred A
Pada 1 Januari 1994, sekolah ini dinaikkan ke Gred A dan merupakan yang terulung dalam daerah Perak Tengah.
Makmal Komputer dan Prasekolah
Sekolah menerima peruntukan makmal komputer dan bangunan tambahan lima bilik pada 2002. Pada 2003, sebuah bangunan dua bilik dibina khusus untuk murid prasekolah.
Buku Pengurusan dan Era TS25
Warga sekolah telah menempuhi empat tahun Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Buku Pengurusan SK Seberang Perak 2026 menjadi garis panduan rasmi aktiviti, pemantauan, dan penambahbaikan sepanjang sesi 2026/2027.