Kurikulum & Pentadbiran Akademik
Pengurusan kurikulum KSSR, panitia mata pelajaran, pentaksiran PBD dan UASA, serta program MBMMBI dan j-QAF
Visi & Misi Kurikulum
Visi Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Seberang Perak mencapai tahap cemerlang dalam bidang kurikulum pada tahun 2026/2027.
Misi Kurikulum
Kami warga SK Seberang Perak akan memastikan kecemerlangan kurikulum murid melalui pengurusan dan pentadbiran yang efisien, telus dan tulus serta mewujudkan persekitaran yang kondusif dengan kerjasama komuniti setempat.
Matlamat & Objektif
Kurikulum ialah reka bentuk pengalaman pembelajaran terancang ke arah hasil yang dihasratkan
Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah
Memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek intelek, rohani dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan berakhlak mulia.
Bahasa Melayu
Menguasai Bahasa Melayu sesuai kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Bahasa Inggeris
Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Numerasi
Menguasai asas mengira yang kukuh dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah harian.
KBAT
Menguasai kemahiran belajar serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Kepimpinan
Membina daya kepimpinan, keyakinan diri, dan minat menambah ilmu.
Alam & Masyarakat
Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat dan kepekaan terhadap manusia serta alam sekitar.
Pentaksiran & Program Khas
Pelaksanaan KSSR, PBS, dan program kecemerlangan bahasa sepanjang sesi 2026/2027
PBD & UASA
- Penilaian berterusan sepanjang tahun.
- Perekodan PBD / slip pertengahan sesi: Jun-Julai 2026.
- UASA dan slip PBD akhir sesi: Oktober-November 2026.
MBMMBI & HIP
- Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris.
- Setiausaha MBMMBI: Pn Aminah binti Shareii.
- Penyelaras HIP: Pn Kh’ng Zhew Yee.
j-QAF & Digital
- Setiausaha j-QAF: Cik Zhahidah Hawani binti Hassan.
- e-RPH melalui Google Classroom dan CIDS.
- Studio Didik Digital TVPSS SKSPk menyokong PdPc digital.
Panitia Mata Pelajaran
Ketua panitia sesi 2026/2027 yang menyelaras RPT, pentaksiran, dan program kecemerlangan akademik
Bahasa Melayu
- Ketua Panitia: Pn Hjh Aminah binti Shareii
- Setiausaha: Cik Nor Fatin Ayuni binti Azizan
- Fokus Utama: Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kemahiran berbahasa, dan persatuan akademik.
Bahasa Inggeris
- Ketua Panitia: Pn Kh’ng Zhew Yee
- Setiausaha: Cik Jasvinder Kaur a/p Jeswant Singh
- Fokus Utama: MBMMBI, HIP, dan penguasaan bertutur, membaca, serta menulis sebagai bahasa kedua.
Matematik
- Ketua Panitia: En Azlan bin Adinan
- Setiausaha: Pn Suriani binti Johari
- Fokus Utama: Asas mengira yang kukuh dan aplikasi penyelesaian masalah harian.
Sains
- Ketua Panitia: En Mohamad Izram Hakim bin Mat Rani
- Setiausaha: En Mohd Mawardi bin Ahmad Talmizi
- Fokus Utama: Ilmu sains, kepekaan terhadap alam sekitar, dan sokongan Persatuan STEM.
Pendidikan Islam
- Ketua Panitia: En Salehuddin bin Tajuddin
- Setiausaha: Pn Wahidah binti Ahmad Shafawi
- Fokus Utama: Sahsiah, ibadah, dan program j-QAF yang diselaraskan di peringkat sekolah.
Bahasa Arab
- Ketua Panitia: En Baharin bin Abu Shaaid
- Setiausaha: Cik Nur Sayidah Fatimah binti Zaman Huri
- Fokus Utama: Pengajaran Bahasa Arab di sekolah kebangsaan selaras pekeliling KPM.
Sejarah
- Ketua Panitia: Pn Nur Hayani binti Mohamed Ali Piah
- Setiausaha: Tuan Ismezaidi bin Tuan Ibrahim
- Fokus Utama: Jati diri kebangsaan, patriotisme, dan kefahaman sejarah tanah air.
PJK
- Ketua Panitia: En Syahmin bin Zainal Abidin
- Setiausaha: En Muhammad Ridzuan Afiq bin Shamsuddin
- Fokus Utama: Kecergasan SEGAK, BMI 5-9T, dan budaya hidup aktif.
Pendidikan Seni Visual
- Ketua Panitia: Pn Wan Zamzarina binti Jalaludin
- Setiausaha: Pn Nurhayati binti Kamis
- Fokus Utama: Kreativiti visual dan penyelarasan aktiviti kesenian sekolah.
Reka Bentuk dan Teknologi
- Ketua Panitia: En Zazali bin Mohd Shari
- Setiausaha: En Muhammad Ameerool Rasheed bin Musa
- Fokus Utama: Kemahiran reka bentuk, teknologi, dan inovasi murid tahap 2.
Pendidikan Muzik
- Ketua Panitia: Cik Nurazureen Shafiqa binti Adenan
- Setiausaha: Cik Nor Fatin Ayuni binti Azizan
- Fokus Utama: Asas muzik, nyanyian, dan sokongan karnival seni sekolah.
PPKI & Prasekolah
- Penyelaras PPKI: Pn Nur-Ain binti Mohamed Yahaya
- Setiausaha Kurikulum: Pn Nurhayati binti Kamis
- Fokus Utama: 1 kelas Program Integrasi dan 3 kelas prasekolah dalam ekosistem SKSP.